Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk memberi komen atau berkongsi pengalaman.
Jika anda sama seperti saya juga berbangsa melayu dan pernah atau sedang bersekolah di sekolah cina, sila tinggalkan maklumat anda disini atau e-mail kepada saya di alamat e-mail happylala_13@hotmail.com

Tuesday, July 13, 2010

DI PERSIMPANGAN















Tahun 2003 adalah tahun yang penting bagi saya kerana saya akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah, untuk sekolah rendah jenis kebangsaan cina, pelajar perlu mengambil 7 subjek berbanding 5 subjek untuk sekolah kebangsaan. Kecuali Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, subjek-subjek adalah dalam bahasa cina. Bersungguh-sungguh saya membuat persediaan dengan harapan dapat memasuki sekolah terbaik di Pontian iaitu Sekolah Dato’ Penggawa Barat, ianya adalah impian setiap pelajar untuk menjadi sebahagian daripada sekolah bestari itu, atas berkat usaha dan doa, akhirnya saya memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR dan mendapat tawaran untuk masuk ke sekolah itu, tetapi bapa saya menasihati saya untuk meneruskan pelajaran di sekolah menengah swasta cina kerana dia tidak mahu saya meninggalkan pelajaran bahasa cina begitu sahaja, sekali lagi saya berada dalam dilema, arah tuju manakah yang betul-betul boleh menjamin masa depan saya? Tambahan pula rakan-rakan baik saya juga mendapat tawaran yang sama untuk ke sekolah itu, jauh di sudut hati saya, saya tidak mahu berpisah dengan mereka dan saya rasa takut untuk memasuki sekolah menengah cina kerana saya tahu pelajarannya adalah lebih susah berbanding sekolah kebangsaan biasa, tambahan pula setiap subjek diajar dalam bahasa cina, mungkin beribu perkataan cina lagi yang perlu dihafal. “Oh! tidak!”hati saya menjerit. Hati saya mula berbelah bagi, kerana saya juga tidak ingin menghampakan harapan bapa yang ingin melihat saya berjaya seperti kebanyakkan masyarakat cina. Tiba-tiba satu soalan bermain dalam benak fikiran saya: “kenapa abah hantar aku sekolah cina?” Jawapannya masih tak dapat saya temui, saya rasa saya harus meneruskan pencarian ini. Akhirnya, saya melepaskan tawaran itu dan memilih sekolah swasta cina yang terletak di Pontian Besar, Sekolah Menengah Pei Chun (Pei Chun High School), di Malaysia terdapat 60 buah sekolah menengah swasta cina, 8 buah daripadanya terletak di negeri Johor. Pelajar yang ingin memasuki sekolah-sekolah ini perlu menduduki peperikasaan kelayakan, hanya pelajar yang mempunyai markah keseluruhan 80 keatas dalam peperiksaan sekolah rendah dikecualikan daripada peperiksaan ini. Tahun 2004, bermula lembaran baru dalam kehidupan saya….

No comments:

Post a Comment