Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk memberi komen atau berkongsi pengalaman.
Jika anda sama seperti saya juga berbangsa melayu dan pernah atau sedang bersekolah di sekolah cina, sila tinggalkan maklumat anda disini atau e-mail kepada saya di alamat e-mail happylala_13@hotmail.com

Tuesday, July 6, 2010

Ekspedisi bermula


Seingat saya, permulaan belajar di sekolah rendah cina adalah satu pengalaman yang amat memeritkan, kerana saya masih tidak mampu bercakap bahasa cina dengan fasih dan masih banyak perkataan yang tidak saya kenali, guru-guru juga terpakasa memberi perhatian lebih kepada saya kerana bimbang saya ketinggalan. Guru-guru pada zaman dulu sangat tegas, membuatkan saya kadang kala berasa takut untuk ke sekolah, masalah berkomunikasi terus membelenggu diri, saya menjadi seorang yang sangat pendiam dan hanya bersendiri setiap masa, tatkala waktu rehat saya hanya mampu merenung rakan sekelas yang lain bermain sesama sendiri dan makan di kantin, saya juga tidak boleh makan bersama mereka kerana tidak terdapat makanan halal yang disediakan di kantin, maklumlah pada masa itu hanya saya seorang sahaja pelajar Islam yang ada. Bukan saya berat mulut, tetapi rakan sekelas yang lain seakan tidak mempedulikan saya mungkin kerana warna kulit membuat mereka tidak berani mendekati saya, saya tidak sekali pun berasa kecil hati ataupun marah, kerana saya faham mereka masih belum boleh menerima keadaan saya. Latihan yang diberi setiap hari sangat banyak, saya menghadapi kesukaran untuk menghabiskannya. Tambahan pula dengan rotan yang menanti jika gagal menyiapkan tugasan. Saya menjadi semakin gusar saban hari, tetapi ibu saudara yang menjaga saya pada waktu itu telah banyak membantu saya menghadapi waktu kesukaran ini, masih jelas di ingatan saya, demi membantu saya menyiapkan tugasan sekolah, dia sanggup membawa saya menaiki basikal ‘chopper’nya pergi ke pam minyak, kedai jahit semata-mata untuk mendapatkan bantuan rakan cinanya kerana hendak bertanyakan tugasan bahasa cina yang tidak saya fahami, hingga sekarang tidak sekali saya lupakan jasanya, oleh kerana pengorbanannya, tidak sesekali saya ingin berputus asa untuk terus belajar, kerana saya sedar, sepanjang perjalanan ini, ramai yang telah berkorban untuk saya, oleh itu, hutang budi ini akan saya bayar suatu hari nanti.

1 comment:

  1. Satu pengalaman menarik, mmg permulaan yg sukar tp berbaloi. Cerita sy jg x kurang 'indah'nya bila dikenang. Dilahirkan dlm keluarga Jawa di sebuah kpg yg penduduknya 100% Jawa dan menggunakan bahasa Jawa dlm kehidupan sehari2. Waktu tu xde tadika dan sy hanya mengenali bahasa Melayu bila memasuki darjah 1... (pelik? tp benar!)dimana sy mula belajar 3 bahasa baru (Mandarin/Melayu/Inggeris). Selepas waktu sekolah, sy tdk bergaul dgn teman2 sekolah kerana faktor jarak kpg sy yg jauh dr sekolah. Sementelah teman2 sepermainan di kpg msh menggunakan bahasa Jawa. Ditambah pula dgn org tua sy yg langsung tdk mahu berbahasa Melayu dgn anak2, maka, dlm usia semuda 7thn, sy telah harus belajar 4 bahasa serentak. Sy bkn jenis yg rajin mentelaah, sy lbh sibuk bermain layang2, bola atau ke kebun mengutip kayu utk memasak disebelah ptg. Hari cuti menolong org tua di kebun getah. Yg pasti Tuhan melihat ketabahan hati kami, maka sy bersyukur dikurniakan IQ yg tinggi dan skrg sy merasa diri bertuah. Ternyata masa kecil otak kita mudah menangkap ilmu2 baru, bila meningkat dewasa sy hanya mampu menambah 2 bahasa (Hokkien/Kantonis).

    Disebalik kejayaan akademik, perasaan rendah diri terpahat sedari kecil. Dilahirkan dlm keluarga penoreh getah, hati kecil ini terkadang mencemburui teman2 cina yg hidup mewah. Bygkan pd masa sy dlm tingkatan 6, sy hanya membawa $2 ke sekolah ditolak tmbg bas $1.60 maka tinggalah wang saku 40sen. Namaun sy tabah kerana menyedari nasib keluarga yg tdk begitu baik. Alhamdulillah, kini sy mampu menikmati kehidupan lbh sempurna.

    ReplyDelete