Saya mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk memberi komen atau berkongsi pengalaman.
Jika anda sama seperti saya juga berbangsa melayu dan pernah atau sedang bersekolah di sekolah cina, sila tinggalkan maklumat anda disini atau e-mail kepada saya di alamat e-mail happylala_13@hotmail.com

Tuesday, July 6, 2010

Langkah pertama ke dunia baru

Sehingga kini,ramai yang hairan,tidak kira Melayu atau Cina,semua bertanyakan soalan yang sama kepada saya: "kenapa awak masuk sekolah cina".Saya sendiri tidak dapat menjawab pada mulanya kerana saya sendiri juga tertanya-tanya, kenapa ibu bapa menghantar saya untuk belajar di sekolah cina dan bukannya sekolah melayu seperti kanak-kanak yang lain. Saya hanya mendiamkan diri setiap kali kerana saya tiada pilihan selain menurut kehendak ibu bapa. Saya masih ingat apabila pertama kali dihantar ke sekolah, tiada rasa janggal ataupun rasa pelik bagi saya kerana ketika itu bagi saya tiada beza antara saya dan rakan sekelas, tetapi hari demi hari saya mula sedari yang saya tidak mampu berkomunikasi dengan mereka!Dari saat itu baru saya tahu bahawa saya tidak akan belajar menggunakan bahasa ibunda saya sendiri. Setelah tamat belajar di sekolah tadika cina, saya dihantar pula ke sekolah rendah jenis kebagsaan cina, pada waktu itu ia merupakan sekolah rendah terbaik di seluruh daerah dimana ibu bapa perlu beratur seawal 5 pagi untuk mendaftarkan anak-anak mereka di sekolah itu, dari situ saya dapat merasakan bahawa masyarakat cina sangat mementingkan pelajaran,demi mendapatkan pelajaran terbaik, mereka sanggup berkorban apa sahaja.

2 comments: